Ragam Kehidupan

Langit tidak selalunya cerah. Tetapi acapkali atau lazimnya ia cerah.

Kadang-kadang ada gelap. Kadang-kadang keluar ‘rainbow’ yang mewarnai kehidupan.

Kadang-kadang datangnya ribut yang melanda, kadang-kadang datangnya gerimis yang menyejukkan suasana.

Kadang-kadang ada juga angin bayu yang menerpa. Dengan sepoi-sepoi bahasa sungguh mendamaikan.

Kadang-kadang turun juga hujan batu. Tetapi amat pelik jika ia turun salji.

Pandai-pandailah menyesuaikan diri. Itulah hakikat kehidupan kita.