Bacaan Yaasin Untuk Abang

Bacaan Yasiin malam pertama sesama ahli keluarga untuk abang sulungku yang berada di Kuala Berang. Abangku telah memasuki wad di hospital swasta. Kemudian telah dipindahkan ke hospital kerajaan. Kelmarin telah diminta untuk dibawa balik kerana tiada apa yang dapat dilakukan lagi oleh pihak hospital.

First time buat program seumpama ini sesama keluarga. Pernah buat bacaan Yaasin secara bersemuka semasa abang dan kakakku meninggal dunia pada tahun 2019. Tetapi secara online, inilah kali pertamanya. Adik aku di Kelantan joined, aku bersama keluarga di JB juga joined manakala anak-anak abangku yang berada di KL juga joined. Adik kakak iparku di Kuantan juga joined.

Abangku, Hj. Wan Ibrahim Hj. Wan Ismail mengidap kanser hati tahap 4. Apa-apapun ini kerja Allah! Allah mampu memudaratkan mahupun menambahbaikkan atau menyembuhkan seseorang hambanya dengan izinNya.

Didoakan semoga Allah SWT meringankan bebannya serta mempermudahkan segala urusan keluarganya.

Bacaan Yasiin tadi diketuai oleh Tn. Syed, suami Kembang. Kembang ialah adik kepada isteri abangku, Kak Non.

InsyaAllah malam esok, kita akan teruskan lagi.