Tengahari tadi membuat perbincangan dengan pelajar-pelajar Master. Mereka meminta ‘tips’ untuk menjalani viva pada bulan hadapan.
Sempatlah sembang-sembang dengan mereka hampir sejam juga. Pelajar-pelajar saya ni terdiri dari 3 lelaki dan seorang perempuan. Mereka adalah pegawai-pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kuala Lumpur.
Tak ada apa la sangat, cuma kita memberi kata-kata semangat saja.

Lagipun mereka ni pelajar-pelajar taught course dan bukannya master by research. Kalau by research, saya sebagai penyeliapun berdebar untuk melepaskan 4 orang sekali gus viva.
Yang penting buat yang terbaik kemudian tawakal dan jangan berhenti berdoa kepada Allah SWT. Itu aje.
Semua pensyarah ‘in the spirit of helping students’. Tak ada yang jenis ‘killer (baca giler) lecturer!’
Bila habis sesi, kita bagai nak rak, minta maaf jika ada terkurang atau apa sepanjang penyeliaan berjalan. Lagipun viva nantipun secara online. Ingatkan tidak akan jumpa mereka lagi. Rupa-rupanya mereka kena datang jumpa saya lagi untuk memulangkan tesis-tesis yang dipinjam dari saya.
Saya doakan mereka semua dapat menempuhnya dengan baik nanti insyaAllah.