Kadang-kadang seorang ayah perlukan balasan percakapan walaupun dalam perbualan secara santai. Dengan kata lain, kata-kata yang tidak perlu kepada pemikiran yang mendalam. Pet talk kata Mat Salleh!
Betul ke? Tengok dalam Kamus DBP online tak ada pula perkataan Pet Talk ni!
Ia juga tidak perlu kepada perbincangan penyelesaian kepada masalah negara, apatah lagi masalah dunia.

Aku berkata kepada adik, “Kenapa kita kata peribahasa seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul?” “Ketam itu tak suruhpun kerana dia pun tahu yang dia sendiri tidak boleh berjalan dengan betul”, sambung aku lagi.
Kita manusia aje yang menyatakan seolah-olah ibu ketam itu berkata begitu. Mana ada? Ketam tak pernah katapun?
Itu yang aku bincang dengan anak bongsu masa makan tengahari tadi.
Sebenarnya waktu tengahari tadi, kami memakan nasi dengan kari ketam. Ketam yang aku beli semalam RM27 sekilo. Dapat dalam 8 ekor. Saiz M.
Ketam bersaiz kecil mana ada isi sangat! Tetapi kerana dah lama tak makan ketam, aku belilah juga. Satu lagi dek kerana kesiankan penjual!

Semalam aku pergi beli buah pulasan RM10/3kg dan dokong RM10/2kg dekat dengan The Pasar. Di sebelahnya ada pula orang jual ketam dan udang galah. Maka supaya semua dapat rezeki sikit seorang maka aku beli ketiga-tiga produk tersebut dari 3 penjual.
Jadi, keputusan yang dapat aku simpulkan hasil perbincangan dengan anak bongsu aku tadi ialah bahawa ketam tidakpun menyuruh anaknya berjalan dengan betul kerana diapun tahu dia sendiripun tidak boleh melakukannya. Cuma manusia yang membuat bidalan tersebut.
Amacam, ok tak?