Alhamdulillah selesai sudah Majlis Persaraan Staf FABU, bermula jam 9 pagi tadi dan berakhir sekitar jam 10.40 pagi.
11 orang staf kesemuanya yang diraikan. Semua yang akan bersara pada tahun ini telah diraikan. Tidak kira kakitangan bukan akademik mahupun staf akademik. Program juga disekalikan dengan pertandingan mewarna, foto kreatif lock down sempena Hari Kemerdekaan yang akan menjelang tiba 2 hari lagi.

Aku ingin merakamkan penghargaan kepada kesemua AJK AKRAB termasuk pengarah program Lambaian Kasih Sanjungan Budi, Dr. Norhadija binti Darwin diatas segala penat lelah dan susah payah untuk menganjurkan program ini. Semoga jasa anda semua dibalas oleh Allah SWT dengan sebaik-baik pembalasan.
Kalian semua hebat! Teruskan lagi dengan program-program seumpama ini. Kita menjaga kebajikan seluruh staf FABU.

Kepada pesara-pesara, hiburkan hari-hari persaraan anda. Tiada lagi beban tugas yang dipikul dan tiada lagi tanggungjawab yang perlu ditunaikan.
Cuma satu yang kita pohon kepada staf yang masih berkhidmat iaitu tolong jelaskan yuran anda.
Bantu Kami Untuk Bantu Anda.
Terima kasih.