Apabila kita mendapat gaji setiap bulan, kita merasakan bahawa duit itu adalah hak kita secara keseluruhannya. Sebenarnya tidak!
Ada hak-hak orang lain terhadap duit gaji kita; ada hak ibubapa, ada hak isteri/suami, ada hak anak-anak, ada hak jiran tetangga dan lain-lain lagi.
Apalah sangat kita keluarkan RM120 setahun untuk membayar yuran keahlian Badan Kebajikan Fakulti Alam Bina dan Ukur (AKRAB). Apabila duit kita itu digunakan untuk membantu orang lain maka pahala akan kita peroleh.

Kita membayar yuran AKRAB ni bagi sesetengah orang seperti (Prof Dr Ibxxxxx, PM Dr Byyyyyy) menganggap bahawa itu kewajipan kita dan kalau tak bayar, ia menjadi hutang. Sebab itu sebelum mereka pencen, mereka suruh tengok yuran-yuran AKRAB yang belum mereka bayar.
Hutang yang dibawa mati… Astaqfirullahal Azim! Rasulullah SAW pernah tidak ingin menyolatkan jenazah yang ada hutang.

Satu lagi, di dalam al-Quran ada menyebut apabila kita mati, kita memohon kepada Allah SWT supaya mengembalikan kita ke dunia untuk kita BERSEDEKAH! Tidak pula kita mohon dibangkitkan semula untuk mengerjakan amalan-amalan yang lain. Renungan untuk kita semua.
Satu lagi tuan/puan, saya minta tolong sangat-sangat. Jika tuan/puan berhak kepada sesuatu cenderahati dari AKRAB jangan lupa untuk TUNTUT. Kadang-kadang AJK terlepas pandang. Kalau malu atau segan, PM saya personally. Tuan/puan adalah ahli AKRAB regardless of bayar atau tidak bayar yuran.