Rasanya dah 2 kali beli ais krim Baskin Robbins (BR) yang bekas paling besar. Semalam beli sekali lagi.
Hari ini pergi beli lagi kerana yang semalam sudah habis. Macamana tak cepat habis, dah 11 orang yang makan.
Kita biasa menunggu tarikh 30hb baru pergi beli. Sebabnya pada 30hb setiap bulan, BR ‘offers’ 31% diskaun.

Bulan ini agak special, BR ‘offers’ untuk 3 hari 31% diskaun. Mungkin kerana sempena Hari Kemerdekaan.
Bekas yang paling besar tu, kita boleh campurkan 2 ‘flavors’ SAHAJA. Harga sebelum diskaun lebih kurang RM111. Selepas diskaun dapatlah RM76.95.
Makan BR ni sebab teringat masa di USA dulu. Sekali sekala bolehlah cuba rasa ais krim BR ni.

Banyak lagi produk-produk di Malaysia yang mempunyai tawaran harga yang istimewa pada tarikh-tarikh tertentu. Antaranya ialah Ayam Mas. Rasanya ada harga istimewa pada 15hb dan 30hb setiap bulan. Pada masa inilah, kita yang berkeluarga besar berbelanja sakan.
Kami selalu beli ayam percik Ayam Mas pada 15hb. Kebiasaannya kita beli 2 ekor dengan harga RM51.80.

Satu lagi tentang sausage atau hot dog. Kami tidak makan kalau bukan keluaran Ayam Mas atau Ramli. Tekak rasa susah hendak telan. Begitu juga dengan burger.
Pandai-pandailah berbelanja. Kalau kita boleh membeli dihari yang ada tawaran istimewa kenapa kita perlu berbelanja di hari yang tiada tawaran?