Terima kasih kepada kawan-kawan, staf sefakulti, pelajar-pelajar baik yang sepenuh masa mahupun separuh masa, saudara mara dan anak-anak yang saya kasihi diatas doa kalian semua.
Yalah hari ini ialah hari lahir saya yang ke 57 tahun. Saya dilahirkan oleh arwah ibu saya, Hajjah Che Zainab Haji Che Hussin pada 1 September 1964.

Sudah 57 tahun saya menumpang di dunia Allah SWT, menghirup udaraNya, menikmati kemudahan yang disediakanNya, menjalani kehidupan sesempurnanya serta mencuba sedaya upaya untuk menjadi hambaNya yang abid lagi bertakwa. Ya Allah, bantulah aku…

Banyak WhatsApp dan mesej fb yang saya terima mengucapkan Happy Birthday kepada saya. Ada yang sempat saya balas dan ada yang belum sempat saya balas. Apapun saya mengucapkan Jazakumullahu khairan kathira kepada semua.
Orang yang menyambut birthday ni, dia seronok mendapat doa dari kawan-kawan, sahabat handai, Tuan-tuan Haji dan Puan-puan Hajjah, dapat hadiah dari anak isteri dan dapat makan kek dan sebagainya. Itu aje…

But believe me, deep down inside dia semakin takut sebenarnya kerana saat kematian dia semakin mendekatinya… Allahu! Lagi setahun masanya sudah berlalu jika dibandingkan dengan saat sambutan birthday pada tahun lepas.
But anyway thanks again for the doas and the same doas or even better doas, saya panjangkan kepada Allah SWT untuk sahabat-sahabat semua. We’re all friends forever. Sahabat-sahabat yang jauh dari KB, KL, Ipoh dan sebagainya, kalau mari JB, hubungilah saya. Jangan segan-segan dan jangan malu-malu.

Akhirnya, saya memohon ampun dan maaf kepada semua jika ada salah dan silap saya…
Jazakumullahu khairan kathira.