Agak-agak tuan-tuan dan puan-puanlah apakah yang paling berharga sekarang?
Pada saya, walaupun ada yang memboikotnya, yang paling berharga sekarang ialah vaksin. Ada yang sanggup mendapatkannya di Negeri Sembilan walaupun dia menginap di Johor Bahru.
Dengan kata lain, masyarakat sanggup ‘travel’ jauh hanya untuk mendapatkannya. Sesetengah negeri pinjam vaksin dari negeri lain.

Apa ke tidaknya? Kalau di Johor tanpa melengkapi 2 dos vaksin tak dapat solat di masjid dan di surau. Kalau hendak ‘dine-in’ pun nanti, saya pasti perlu ada 2 dos. Banyak aktiviti-aktiviti yang kita akan lakukan nanti perlu kepada pelengkapan 2 dos vaksin. Hendak mengerjakan umrahpun perlu kepada 2 dos vaksin!
Saya agak akhir-akhirnya nanti, golongan anti vaksin ini akan muncul sebagai golongan minoriti. Dan akan menyusahkan diri mereka sendiri.

Kita ada beberapa jenis-jenis vaksin seperti Sinovac (China), Pfizer (USA), AstraZeneca (UK), CanSinoBio (China) dan SputnikV (Rusia). Tetapi tak perlulah kita memilih! Ambil saja apa yang dibekalkan kepada kita.
Ayoh tuan-tuan dan puan-puan, daftarlah diri anda untuk divaksinasi.
Jangan terlambat…