Ada seorang kawan bertanya kepada saya.
“Dr, wajar tak saya membantu keperluan abang saya yang sedang sakit?” “Sudah pasti!”, jawab saya.
“Saya dan adik beradik yang lain sudah membantu sekadarnya tetapi wajarkah kita berhabis-habisan membantu dia kerana abang saya ini banyak harta tanahnya.” “Kalau diberi seorang sekeping tanah kepada anak-anaknya yang berbelas-belas orang itu, masih ada bakinya.”, tambahnya lagi.
“Apa salahnya jika dia menjual sekeping tanahnya untuk perbelanjaan ubat-ubatannya, ujar kawan saya lagi.”

“Sedangkan kami adik beradik yang lain, adalah sekeping dua tanah. Hendak diberi separuh keping seorangpun kepada anak-anak tak lepas”, sambungnya lagi.
Saya terdiam seketika tak pasti hendak menjawab soalannya. “Erk, Bantulah sekadarnya dan seikhlas mungkin”, balas saya pula.
Kalau ustaz dan para asatizah hendak memberi pandangan dipersilakan. Mudah-mudahanan dapat saya rungkaikan permasalahan ini dan sampaikan kepada kawan saya tadi.
Jazakallahu Khairan Kathira.