Sementara aku menunggu waktu azan solat jumaat di Surau Perjiranan 11 tadi, tiba-tiba aku mendapat mesej menyatakan abangku telah dipanggil oleh Allah Azzawajalla.
Telah aku poskan dalam FB sebelum ni yang abang sulungku mengidap kanser hati tahap 4.
Allahyarham Hj Wan Ibrahim Hj Wan Ismail berusia 78 tahun, bermestautin di Kuala Berang, Terengganu.
Kematiannya pada hari Jumaat ini, mudah-mudahan mendapat keringanan dari siksa kubur InsyaAllah.
2 abang dan seorang kakakku telah pergi iaitu yang No. 1, No. 2 dan No. 5.
Yang tinggal dan InsyaAllah akan menyusul kemudian ialah 2 orang kakak (No. 3 dan No. 4), aku (No. 6) dan seorang adikku (No. 7). Ya Allah, berikan pengakhiran yang baik buat kami.
Aku mendoakan semoga abang diampunkan segala dosanya, dipermudahkan pertimbangan neraca dosa pahala dan menjadi ahli syurga Firdaus InsyaAllah.

Aamiin, Aamiin, Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.