Solat Zohor Di MSI

Gambar Hj Syukur hantar padaku pada Hari Raya Haji yang lepas. Hj Syukur ialah yang paling tepi sebelah sana manakala aku yang paling tepi sebelah sini.

Ini adalah gambar kami bersahur di aras bawah Masjid Sultan Iskandar (MSI), Bandar Dato Onn (BDO) beberapa tahun yang lalu.

Haji yang berada di sebelah akupun telah pergi. Begitu juga Hj. Zainal yang berada di sebelah Hj Syukur, juga telah mendahului kita dijemput Allah SWT.

Hari ini aku pergi menunaikan solat zohor di MSI. Sudah berbulan-bulan aku tak ke MSI. Alhamdulillah sempat jumpa Hj. Syukur, Suhaimi dan Nazri yang menjadi GST kami masa dulu.

Sebelum PKP dulu, aku bersama merekalah yang digelar sebagai Geng Sandar Tiang (GST) di bahagian belakang masjid apabila adanya ceramah-ceramah agama dan sebagainya.

Alhamdulillah selesai solat zohor tadi kami sempat berborak-borak, ‘catching up’ mana yang tertinggal sebelum ni. Aku sudah lama tak jumpa mereka sejak Surau Perjiranan 11 sudah boleh dibuat Solat Jumaat.

Antara yang aku dapat maklumat tadi ialah isteri Din telah meninggal dunia akibat covid-19. Din masih muda lagi dan mempunyai beberapa orang anak. Hj Salleh Teksi dah agak lama tak ke MSI menurut Hj Syukur. Alwi masih konsisten ke MSI tetapi waktu malam dan subuh.

Itulah berita-berita yang kita dambakan apabila sudah lama tidak bersua. Masing-masing membawa diri masing-masing dan solat berjamaah dimana kita rasa mudah dan selesa.

Aku doakan mudah-mudahan GST dapat berkumpul semula setelah tiada lagi gejala covid-19 insyaAllah.