Mesyuarat PKA Bersama AJK Baru

Mesyuarat Persatuan Kakitangan Akademik (PKA) UTM hari ini. Ia bermula pada pukul 2.30 dan tamat pada jam 3.50 petang.

Kira mesyuarat PKA dengan AJK baru yang pertama. Alhamdulillah semua AJK hadir dan nampak banyak juga yang ingin diperjuangkan. Kami AJK PKA adalah seramai 10 orang sahaja.

Dari 10 orang itu, lebih dari separuh adalah muka-muka baru. Kami yang lama dari sesi lepas adalah terdiri dari PM Dr. Abdul Rahman Tamuri, Dr. Wan Ibrisam Fikry Wan Ismail, Arief Ruhullah dan Dr. Shamsul Hendra.

Mudah-mudahan ahli PKA akan terasa kewujudan kita sebagai AJK insyaAllah. Kita juga akan cuba memperbanyak dan mempelbagaikan aktiviti kerana caruman RM2 sebulan telah dipersetujui untuk dinaikkan kepada RM5 sebulan. Bila ada wang, semua program boleh jalan.

Tempoh lantikan AJK baru ini adalah untuk sesi 2021-2023.

UTM Open Day