Kepada sesiapa yang berada di sekitar Kulai dan Johor Bahru yang ingin mendapatkan vaksin, anda boleh walk-in SAHAJA.
Apa tunggu lagi? Sesetengah orang tertunggu-tunggu untuk mendapatkan tarikh vaksin ini. Anak-anak saya yang berumur 13 dan 17 tahun masih menunggu untuk mendapatkan tarikh walaupun sudah mendaftar beberapa bulan yang lalu.

Jadilah kita antara mereka yang bertuah.
Tetapi baca maklumat yang disediakan dengan teliti. Pastikan kita betul-betul layak. Perhatikan betul-betul, apa yang perlu dibawa dan sebagainya. Jangan ada yang tertinggal pula.
Catit tarikh ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.