Happy Birthday Achik

Sanah helwah my son, Wan Ahmad Luqman. Sudah berusia 25 tahun anak abah yang ke-4 ini. Tahniah juga kerana berjaya habiskan master degree semester ini.

Abah doakan Achik akan berjaya di dunia dan di akhirat insyaAllah. Of course yang pentingnya berjaya di akhiratlah.

Cita-cita Achik untuk menjadi saintis itu, abah sokong penuh walaupun hanya sebagai Komputer Saintis. Bidang Artificial Intelligent (AI) inipun penting juga dalam kehidupan hari ini.

Teruskan dengan PhD. Berbekalkan Ijazah Sarjana Muda dari UM dan Ijazah Sarjana dari UTM, I think you can do it my son.

Yang paling penting, niat belajar kerana Allah SWT untuk memartabatkan Islam dan umatnya sertakan memajukan bangsa insyaAllah berjaya.

Akhirnya, sekali lagi abah doakan semoga Achik berjaya dalam kehidupan, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dilimpahi rahmatNya di dunia dan di akhirat insyaAllah.

Aamiin, Aamiin, Aamiin, Ya Rabbal ‘Alamin!