Surat Teguran Kepada Pihak Atasan

Tidak semua orang berani menegur! Ramai yang ambil mudah, biarlah…., nanti ada la orang yang menegurnya nanti. Kenapa begitu? Ada kerana takut dicop sebagai ‘Kaki Komplain’, ada juga kerana takut tak cerah masa depan. Ramai yang merasa begitu, nanti aku tegurkan susah hendak naik pangkat pula, susah hendak dapat jawatan yang lebih tinggi dan sebagainya. Baik aku diam aje! Seolah-olah, dialah yang memberi rezeki kepada kita dan bukannya Allah SWT.

Assalamu’alaikum wrth wkth.

Terima kasih diatas pelantikan saya sebagai Panel Penilai dan juga sebagai Pengerusi Viva.

Kalaulah saya boleh memberi pandangan, saya berharap pandangan saya ini tidak menyakiti perasaan sesiapa. Ia sekadar ingin menyatakan pendapat.

Saya hanya ingin menyatakan ketidakseimbangan dari segi tugas dan bayaran yang diberikan. Pertama, bayaran Pengerusi Viva adalah lebih mahal RM10 berbanding dengan bayaran Panel Penilai. Sedangkan Panel Penilai yang bertungkus lumus menyoal, mengesah serta memperbaiki Projek Sarjana (PS) yang dibentangkan oleh pelajar. Pengerusi hanya membuka dan menutup majlis sahaja.

Kedua, Panel Penilai Pertama (Second Reader) kerjanya lebih berat berbanding Panel Penilai Kedua. Dialah yang membaca PS dari muka surat ke muka surat manakala Panel Penilai Kedua hanya menilai pembentangan semata-mata.

Oleh itu, sekiranya pandangan saya ini ‘valid’ maka saya berharap pihak Offshore & Special Program Division, School of Graduate Studies melihat semula dari segi pemberian elaun tersebut pada masa hadapan.
Sekian. Terima kasih.

Dr Haji Wan Ibrisam Fikry Bin Haji Wan Ismail

Senior Lecturer BA in Urban & Regional Planning (The University of Southwestern Louisiana, USA) Master of Regional & Community Planning (Kansas State University, USA) PhD in Land Administration & Development (Universiti Teknologi Malaysia)
Department of Real Estate, Faculty of Built Environment & Surveying, Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor Bahru, Johor, Malaysia Tel:+(6)07-5530926 H/P:+(6)019-7171964 Fax:+(6)07-5566163/5530536 Email: wanibrisam@utm.my Website: https://people.utm.my/wanibrisam/