Tidak ada letrik tadi di Perjiranan 11, Bandar Dato Onn dari pukul 8am hingga pukul 10am.
Memang susah ya bila tak ada letrik. Anak-anak tak dapat PDpR. Chegu pula masukkan dalam group telegram mengatakan anak tak hadir kelas.
Kita pula risau juga kerana takut ia berlarutan kerana petang ini ada mesyuarat buka tutup subjek SPACE untuk tawaran next semester.
Panas tak payah cakap la. Berlengging tak berbaju.
Bukan kita tak pernah lalui dunia tanpa letrik. Masa kecil-kecil dulu memang bersama pelita setiap malam. Pagi-pagi bila sentuh lubang hidung akan kedapatan jelaga hitam dari asap pelita.

Anak-anak ya. Mereka tak pernah hidup susah. Begitulah putaran alam yang bergerak dari semasa ke semasa.
Kita menggunakan perigi untuk membasuh pakaian, mandi, mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Pengalaman yang paling manis ialah apabila menghirup air perigi selepas bermain bola. Sejuk dan nyaman sekali.
Tak terfikir pula akan dijangkiti virus ke apa?
Teknik menaikkan air dari perigipun berbeza. Sesetengah tempat mudah, menggunakan tali yang diikat pada timba. Sesetengah tempat menggunakan buluh yang disangkutkan pada timba. Yang ini agak susah, kadang-kadang timba terlepas dari sangkutan buluh.
Aku juga berpengalaman mengait timba bertali yang tenggelam ke dasar perigi. Kita menggunakan pengait yang bercakuk yang diikat tali dan menggerak gerakkannya di dasar perigi. Bila ia tersangkut kepada timba ataupun tali timba maka senanglah untuk membawanya naik ke atas.
Inilah pengalaman…