Berpindah ke Fasa 2

Alhamdulillah, hari ni (24 September) di Johor dah boleh naik kereta mengikut kapasiti. Tidak lagi hanya 2 orang saja.

Tapi bila kita dah tua, jarang sekali anak-anak nak ikut bila kita bawa kereta. Maka berdua jugalah dengan isteri ke sini ke sana, ke sana ke sini.

Cuma bila nak pergi ‘breakfast’ selepas solat Subuh di Surau, bolehlah naik 2 buah kereta untuk 9-10 orang jemaah. Itupun kena cari juga tempat yang boleh ‘dine-in’. Kita AJK surau memang dah sepenuhnya vaksin tetapi masalahnya bila pekerja kedai yang masih belum mendapat kedua-dua vaksin. Itu yang mereka masih tak benarkan untuk kita ‘dine-in’.

Saya suka ‘part’ keluar pergi ngeteh sama-sama sesama AJK Surau. Ia boleh merapatkan silaturrahim sesama kita. Setakat habis RM50 sekali ‘breakfast’, kira oklah kalau hendak dimanifestasikan dengan ukhuwwah yang terjalin. Lagipun kami saling memahami… Tak ada lah, lepas aku belanja, aku belanja lagi. Lepas aku, aku lagi.

Kami dah sama-sama ‘understood’, kata mat salleh.

Ya Allah, Engkau jauhkan sejauh-jauhnya pandemik Covid-19 ini dari muka bumi dunia. Pelihara dan kasihanilah kami ya Rabb, Tuhan sekalian alam. Aamiin ya Rabbal ‘Alamin!