Dah Lama Tak Mencandat Atau Memancing

Lama betul tak pergi memancing! 3 hari lepas, ada kawan, Pak Lah pergi mencandat sotong. Diberinya 4 ekor sorang kepada kawan-kawan di Perjiranan 11. Dapat merasalah kita sotong segar.

Sotong yang dicandat ni rata-ratanya bersaiz sekaki lebih seekor. Bila dibakar dan dicicah dengan sambal, woish terasa manisnya sotong segar.

Pengalaman mencandat ni sungguh menyeronokkan. Kadang-kadang naik seekor, kadang-kadang 2 ekor dan jarang-jarang naik 3 ekor. ‘Depends on’ berapa ekor mata kail sotong diletakkan pada pancing.

Sotong ini juga dia ‘tranparent’, maksudnya kita boleh ‘see through’ badannya apabila dibawa naik ke dalam boat. Dia juga akan memancutkan dakwat hitamnya ‘as we pull it up onto the boat’. Itulah cara dia mempertahankan diri dari ‘predator’.

Teringat semasa dengan Dr Tholudin suatu masa dulu. Kami bergilir-gilir menaikkan sotong yang panjang-panjang tu. Waktu yang meriah ialah di masa senja.

Kalau nak dikira modalnya, memanglah lebih murah pergi ke pasar aje tetapi pengalaman yang diperoleh, kesegaran hasil lautnya, kenikmatan menaikkan hasil tangkapan dengan joran, jauh memberi pulangan yang positif.

Apapun ia bergantung kepada setiap individu masing-masing. Sesetengah perkara kita boleh menilai dengan wang ringgit tetapi sesetengah perkara ia memberi kepuasan diri. Sebagai contohnya, apa hasilnya kita memberi infaq atau sedekah kepada orang susah yang memerlukannya?

Yes, rasa kepuasan yang teramat sangat apabila kita dapat membantu seseorang itu! Itulah dia.