Kelakar juga ya, bercakap pasal sotong tetapi tunjuk gambar ikan.
Adanya gambar sotong ni… Panjangkan saiz sotong-sotong ni, kebanyakannya lebih dari sekaki panjang.
Mencandat sotong perlu kepada penyalaan lampu kalimantan yang terang dari atas bot. Sotong-sotong suka kepada cahaya lampu. Nanti dia akan naik ke atas permukaan laut. Kita boleh nampak ada sotong yang berenang di permukaan laut. Kalau kita cepat, boleh juga cuba gunakan sauk untuk menangkap sotong ini. Tetapi ia tidak seseronok kita mencandat sotong. Mencandat lagi ‘thrilled’.
Setelah mata kail sotong yang merupakan replika sotong diikat pada joran samaada satu, dua atau tiga maka kita turunkannya ke dalam laut. Mata kail replika sotong ada beberapa warna, ada merah, ada hijau dan sebagainya. Warna-warna inilah yang menarik perhatian sotong untuk menangkap ‘dummy’ yang kita unjurkan ke dalam laut.
Setelah sekian dalam, kita main-mainkan joran kita, maksudnya digerakkan ke atas dan ke bawah. Jika kita merasa berat maka pastilah sotong itu telah tersangkut pada mata kail kita.
Sotong apabila terkena pada mata kail, ia terasa sedikit berat. Tarikannya tidaklah seperti tarikan ikan yang tersangkut pada mata kail kita. Ia sekadar terasa agak berat dari biasa maka kita terus pusingkan ‘pulley’ untuk menaikkan hasil tangkapan.
Ia tersangat mudah dan tidak memerlukan tenaga yang kuat untuk berhempas pulas menaikkannya ke atas ‘boat’.
Berkaitan hasil tangkapan kami, sekiranya kita pergi 3 hari 2 malam, pada hari kedua kita akan membawa naik beberapa ekor ikan dan sotong hasil tangkapan untuk dimasak oleh pengusaha chalet di Pulau Tioman. Kita juga menyewa 3-4 bilik untuk 4 jam sekadar untuk mandi dan sebagainya.
Selepas makan tengahari, kita kembali turun beraksi di laut.