Client Is Always Wrong?

Dah lama tak check surat di pejabat fakulti. Bukan apa, yang pertamanya staf hanya 20% dibenarkan untuk hadir ke pejabat di musim PKP. Kedua, suratpun tak konsisten dihantar posmen ke fakulti masa PKP. Tugasan pelajar saya last semester baru saya dapat semalam yang dihantar secara poslaju.

Antara surat yang saya dapat semalam ialah surat dari LHDN. Kata surat tersebut ialah saya kena menyelesaikan baki cukai tersebut dalam masa sebulan dari tarikh surat 11/08/2021.

Saya terus bergegas ke bank. Tiba di bank sekitar jam 2pm. Setelah saya masuk, saya memberitahu pengawal saya ingin membayar cukai pendapatan LHDN. Pengawal Keselamatan mengatakan bahawa urusan selepas 1.30pm ialah hanya untuk membuat kad ATM sahaja.

Saya berkata kepada beliau, saya cuba tanya kaunter sebab dalam bank tiada mana-mana pelanggan lain selain saya.

Pada fikiran saya, takkan lah tak boleh bayar…kitapun sudah masuk fasa 2 PKP.

Kedua, tiada pelanggan lainpun untuk dilayan.

Ketiga, kita hendak bantu kerajaanpun untuk beri duit. Kalau duit itu digunakan untuk meringankan beban rakyat bagus juga jika dibandingkan untuk renovasi Rumah PM.

Keempat, pada duduk relax tanpa layan pelanggan, elok digunakan masa itu untuk kebajikan klien.

Kelima, banyak lagi kebaikan untuk kita Allah berikan jika kita mudahkan urusan orang lain.

Keenam, berapa ramai sangat orang datang untuk tukar kad ATM? Itupun tak diperingatkan kepada pelangganpun bahawa kad kita akan tamat tempuh. Saya hanya tahu apabila masuk kiosk Shell untuk keluarkan duit tetapi mesin ‘reject’ kad kita kerana kad dah ‘expired’.

Tetapi jawapan yang saya terima dari kaunter sama dengan jawapan dari pengawal keselamatan tadi…

Nampak macam bank dah tak perlu kita TETAPI kita yang perlukan bank.

Pengalaman berurusan dengan bank di luar negara… Kalau mereka melihat ramai yang ‘queue’ dalam bank, yang sedang ‘break’pun pendekkan masa rehatnya HANYA untuk memberi kepuasan kepada pelanggan.

Mungkin ‘another’ 20 tahun, baru boleh berlaku penambahbaikan perkhidmatan di negara kita yang disayangi ini.