Pelajar-Pelajar Sarjana

Saban tahun beginilah gayanya melayani kerenah anak-anak didik apabila mereka selesai sahaja menghantar Projek Sarjana mereka.

Mereka akan mulai bertugas semula mulai esok setelah mendapat cuti belajar bergaji penuh. Syabas buat mereka semua yang seramai 15 orang.

Esok mereka akan melapor diri di JPA dan akan mendapat penempatan yang baru. Tempat-tempat lama mereka, sudah pastinya telah dipenuhi dengan pegawai-pegawai lain sejak mereka melanjutkan pelajaran setahun lebih yang lalu.

Saya mengucapkan selamat bertugas semula walaupun di jabatan mana sekalipun dengan penuh dedikasi dan berintegriti.

Inilah masa untuk kita menunaikan tanggungjawab semula kepada kerajaan dan rakyat jelata.

Bertugaslah dengan sebaik mungkin dan kepada yang mendapat kenaikan pangkat diucapkan setinggi-tinggi tahniah.

Jika datang ke Johor Bahru, don’t hesitate to keep in touch. All the best guys!