Alhamdulillah, You’re so Great Allah!

Setiap kali apabila kita berjaya menyelesaikan sesuatu krisis, banyak-banyaklah mengucapkan alhamdulillah dan beristigfar, Astagfirullahal Azim! Tanpa bantuanMu ya Allah, ia kekal menjadi parasit dalam kepala dan membuat kita pening dan selalu berfikir untuk menyelesaikannya.

Perasaan takut ada, perasaan sedih ada dan perasaan serba salahpun ada.

Kita ingin menyelesaikan masalah tanpa melukakan hati sesiapa. Akhirnya, kita ingin semua orang boleh menerima keputusan kita dengan senang hati, win-win situation.

Usahlah mendabik dada dan mengatakan bahawa akulah pakar ‘communication and problem solving or so-called crisis management expert.’ Itu semua diatas ketentuan Allah.

Sebaliknya pula, jangan juga kita mengatakan bahawa semua orang kena dengar keputusan aku kerana I’m the boss! Orang tidak memandang kepada jawatan kita, apatah lagi sekiranya ia adalah sebuah organisasi NGO.

Mungkin ada la sedikit ‘contribution’ kita tetapi ‘in actual fact’ Allahlah yang melembutkan hati si A untuk menerima cadangan kita dan Allah juga yang membuka hati si B untuk bersetuju dengan pendapat kita. Cuma kelebihan kita mungkin cara kita menyampaikan maklumat yang perlu disampaikan. Kata orang tua-tua, ‘Seperti Menarik benang dalam tepung, Benang jangan putus dan tepung jangan berselerak!

Satu peringatan yang penting ialah gaya bahasa kena jaga. Orang tua dia mudah terasa! Jangan kita pukul rata seperti kita bercakap dengan rakan sebaya. Itu orang kata, Bahasa Jiwa Bangsa!

Thank you Allah kerana memudahkan urusanku. Aku betul-betul mengaku bahawa tanpa bantuanMu aku tak mampu menyelesaikannya. Terima kasih Allah! Jazakallahu khairan kathira…

Subhanallah, Walhamdulillah Wallahuakbar!