Kadang-kadang kita terlupa tanggungan yang perlu diselesaikan. Saya membeli SAGA UTM1964 sejak setahun lebih yang lalu. Saya tidak pernah cuai untuk membayar ansurannya pada setiap bulan kerana kita menggunakan kemudahan ‘standing instruction’ untuk terus ‘deduct’ dari bank. Pada setiap hujung bulan maka akan dipotong sebanyak RM434.
Tadi, pihak bank menelefon saya dari KL menyatakan bahawa pada hujung bulan lepas, pemotongan tidak boleh dibuat kerana wangnya tidak mencukupi!
Astaqfirullahal Azim! Terkejut saya…
Saya terus berjanji akan memasukkan wang tersebut pada hari ini.

Pengajarannya ialah kita perlu menyemak dengan teliti perbelanjaan bulanan kita. Mungkin sesetengah bulan, kita perlu berbelanja lebih tetapi perlu diawasi jangan sampai kita berbelanja melebihi had yang kita boleh berbelanja.
Kadang-kadang faktor usia, kita ingat duit ada lagi tetapi sebenarnya duit sudah hampir habis… Apa-apapun berwaspadalah.
Peristiwa yang seakan sama berlaku apabila ibubapa lewat atau terlupa membayar yuran Sekolah Rendah Islam Hidayah pada suatu ketika dulu. Akibatnya guru-guru terpaksa menerima gaji di awal bulan hadapan ‘instead of’ pada hujung bulan ini.
Peristiwa ini yang saya selalu putar-putarkan kepada ibubapa apabila berkesempatan menjadi panel penemu bual untuk kemasukan anak ke Sekolah Islam Hidayah.
Saya berharap saya tidak akan mengulangi lagi perkara ini insyaAllah.
