Kancilku Banyak Jasanya…

Petang tadi saya telah memanggil Bateriku, suatu syarikat yang menyediakan perkhidmatan penjualan bateri.

Bateri kereta Kancil saya telah ditukar pada bulan April lalu dan sekarang sudah tidak boleh ‘start’. Bateriku memberi ‘warranty’ yang baterinya boleh tahan selama 18 bulan atau perjalanan 25,000km.

‘Of course’ dengan bayaran perkhidmatan sebanyak RM30, bateri tersebut dibuat ‘jump start’ dengan alat yang begitu kecil. Maksudnya kita tak perlu sambung kabel dari kereta lain ke kereta yang hendak dicaj tersebut. Kata dengan ‘technician’ atau mekanik ini, kita boleh belipun dengan harga RM200 lebih dan boleh digunakan untuk caj bateri kereta Kancil sehingga kereta Camry.

Kereta Kancil yang saya beli pada tahun 2003 ini merupakan kereta pertama yang saya beli baru atau brand new. Sudah pasti nilai sentimental masih ada hingga kini. Kereta inilah dipandu dari Johor Bahru ke Alor Setar untuk mengutip data semasa saya membuat PhD dulu. Aku menumpang di rumah kosong Dr. Mazlan UUM selama sebulan bagi tujuan membuat ‘data collection‘.

Selama sebulan itulah Kancil ini berkhidmat dengan penuh takzim ke PTG, UPEN, KEDA, SUK, MADA, MBAS dan lain-lain tempat tanpa menyusahkan tuannya. Alhamdulillah. Sekarang ia hanya menjadi tungganganku untuk ke masjid dan surau. Tugas dan jasamu sudah begitu banyak. Rehatlah.

Sungguhpun aku merasakan ia agak mahal semasa membelimu dulu tetapi alhamdulillah “You’ve served me well”.