Bengkel Buku Kesatuan Sekerja

Bengkel Penulis Buku Kesatuan Sekerja (Siri 3), Persatuan Kakitangan Akademik, UTM, 14-16 Oktober 2021 di Hotel Royale Chulan Seremban.

Baru dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Tn. Hj. Kamal Pardi. Para penulis merangkumi pensyarah-pensyarah dari UTM, UTHM, UUM, UNIMAS dan staf JHEKS.

Pada petang tadi sempat juga berjumpa dengan pelajar Master by research saya, saudara Hafiz. Saya selaku penyelia kedua membantu Dr. Rubiah Suratman yang menjadi penyelia utama.