
Sesi pelajar tahun 1 SBETH bersama Penasihat Kelab LAD berlangsung tadi dari jam 11am hingga 1pm pada 13 Oktober 2021.
Alhamdulillah banyak juga maklumat yang disampaikan kepada mereka. Program ini telah dirancangkan oleh AJK Kelab Lad.
Mudah-mudahan mereka bersemangat untuk belajar dalam bidang Pentadbiran dan Pembangunan Tanah disamping bergiat dalam persatuan pelajar iaitu Kelab LAD.
Dijelaskan supaya mereka pandai membahagikan masa untuk pelajaran dan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh LADS.
Aktiviti-aktiviti berpesatuan boleh mematangkan pelajar disamping menimba pengalaman. Pengalaman yang seronok dan sukar diperoleh apabila keluar dari pengajian.
Gunakan masa dan peluang yang ada untuk mengasah bakat yang ada pada kita…
Sesi diakhiri dengan kuiz berkaitan dengan kursus kita.
Diharapkan pelajar-pelajar tahun 1 ini yang seramai 42 orang berjaya dalam pelajaran mereka dengan cemerlang InsyaAllah.