Kenapa kita kurang berjaya memerangi rasuah? Malah rasuah makin berleluasa sehingga institusi yang menjaga rasuahpun sudah tidak boleh diharap.
Kita berbincang ini secara akademik dan tak perlu kita menuding jari kepada sesiapa.
Pertama, kita perlu menekankan isu integriti di peringkat awal persekolahan lagi. Jangan bila masuk universiti baru nak mengajak kearah integriti. Begitu juga berkaitan integrasi kaum, masa kecil masuk sekolah masing-masing tetapi di universiti baru nak berkenal-kenalan. Kata orang, benda dah hampir muara, dah nak keluar ke laut lepas.

Kedua, kita tidak serius memerangi rasuah. Apabila kita sebut berperang, ia bererti samaada kita menang atau kita syahid. Tak ada dalam peperangan kedua-dua pihak hidup aman sentosa. Satu kumpulan mesti sengsara, melarat dan mati manakala satu kumpulan lagi berjaya berdiri teguh.
Ketiga, nilai dan etika perlu diterap sentiasa. Tidak kira bila, dimana atau oleh siapa? Yang baik dikatakan baik dan yang sumbang terus dinyatakan ia sumbang. Jikalau kita masih memilih dan melihat ia keluar dari siapa maka sudah pasti perjalanan kita masih jauh.
Keempat, usah dipuji, disanjung dan diangkat perasuah. Kadang-kadang dikalangan pengampu atau penjilat ini yang dihadapi masalah. Mereka masih mengagongkan perasuah. Dibina bait kata-kata semangat, “Malu apa bossku!” supaya orang atasan tidak merasa bersalah dan tak perlu rasa malu. Walhal sebaliknya. Masyarakat awam pun mulai meragui, oh! tak apa rupanya kita menjarah harta negara asalkan kita melayu dan Islam!

Kelima, sistem ‘punishment’ mesti adil dan berkesan. Jangan perasuah kecil kita beratkan dendaannya manakala yang besar kita kurangkan. Sesetengah kes, kita lihat apabila dibayar denda, si pesalah masih untung bila tengok jumlah wang yang diambil.
Keenam, neraca mesti sama. Orang melayu yang rasuah mesti sama buruknya dengan orang cina atau india yang merasuah.
Ketujuh, selalu dikeluarkan poster atau banner tentang keburukan rasuah dan laknat Allah kepada pemberi dan penerimanya.

Kelapan, rasuah tidak boleh dibuat dimana-mana dan di dalam apa jua keadaan, samaada di pentas politik atau dimana saja. Kita pernah dengar Arwah Datuk Nik Abdul Aziz berkata, “Beri kain pakai, beri gula kacau.” Ia menunjukkan betapa ‘rampant’nya urusan rasuah negara kita.
Kesembilan, kita perlu melihat rasuah sebagai najis, seumpama najis dadah.