Perjumpaan Dengan Rakan-Rakan

Reunion alumni Sekolah Menengah Sultan Ismail (SMSI) di Roti Tempayan Cheese Tarik Noni CK malam ni (28 Oktober 2021).

Alhamdulillah dapat berjumpa kawan-kawan lama.

Itulah kebiasaanku apabila balik aje ke Kota Bharu, akan dijemput kawan-kawan yang berkesempatan untuk bersama menjamu selera. Pada malam ini, Chegu Iskandar telah menempah untuk makan roti tempayan.

Secara kebetulan tuan kedai ini ialah rakan sekelas aku semasa di Tingkatan 3P1, SMSI. Beliau sekarang ialah Pengetua Sek. Men. Keb. Chengal, Chegu Kamalluddin Kamil.

Chegu Kamil boleh menamakan sebahagian besar nama-nama kawan kita semasa di 3P1. Kalau mengharapkan aku, memang susah nak ingat!

Aku cukup terharu apabila Chegu Kamil masih mengingati namaku walaupun sudah tidak mengenal aku. Kata beliau, nama aku agak rare sebab itu ia mudah diingat.

Walaupun hanya 6 orang yang dapat bersama pada malam ini, aku rasa sudah cukup berbahagia. Dapat berjumpa dengan Hj Rosman adalah suatu yang cukup baik. Hj Rosman diuji dengan Covid-19 di tahap 5. Beliau koma selama 15 hari. Alhamdulillah, berkat amalannya serta doa kawan-kawan, beliau mampu terkeluar dari kemelut tersebut. Alhamdulillah.