Tidak Pernah Berjumpa Sejak 1982

Alhamdulillah dapat berjumpa dengan Ketua Kelas semasa belajar di Sekolah Menengah Teknik Terengganu pada tahun 1980 – 1981 dulu.

Kelas kami ialah 4 Bangunan 1 pada tahun 1980 dan 5 Bangunan 1 pada tahun 1981. Kelas ini adalah untuk mereka yang mengambil jurusan ‘civil engineering’ atau Kejuruteraan Awam.

Selepas itu kami terpisah dan hanya bersua semula pada hari ini.

Mohd Reduan Hussin (sorrylah kalau salah eja) telah berkhidmat dengan UiTM sebelum bersara pada tahun lepas. Beliau pernah berkhidmat di UiTM Shah Alam kemudian berpindah ke UiTM Jengka dan akhirnya di UiTM Machang.

Sambil berborak, kami menjamu selera dengan nasi kerabu daging bakar dan ikan percik. Didoakan semoga kami terus sihat sejahtera, dipermudahkan segala urusan dan dirahmati Allah dunia akhirat InsyaAllah.

UTM Open Day