Ziarah Kakak Dan Adik

Alhamdulillah hari kedua di Kelantan (27 Oktober 2021). Sebenarnya aku mengambil cuti bermula pada 26 Oktober sehingga 29 Oktober. Tujuannya adalah seramping banyak mata. Pertama, of course ingin menziarahi bonda yang tinggal berkeseorangan di rumah Pengkalan Chepa. Kedua, ingin menziarahi adik beradikku yang masih ada. Ketiga, membeli sedikit makanan Kelantan untuk dibawa balik ke Johor. Antaranya Martabak Raja, Gula Melaka, Keropok Keping, Keropok Melinja dan lain-lain lagi.

Pagi tadi pergi sarapan di rumah Kak Cik di Palekbang.

Janjinya dengan Su, adikku, berjumpa pada pukul 8 di rumah Kak Cik.

Tetapi biasalah jarang-jarang balik, nak singgah bank lagi, nak singgah pasar lagi… Jadi, aku sampai di Palekbang hampir jam 8.30am.

Aku singgah di Pasar Wakaf Bharu, aku membeli buah mangga yang kuning padu dengan harga 3 kg RM20. Beli juga jambu air merah bersarung cantik sekilo. RM18 sekilo. Buah tangan untuk dibawa ke rumah kakak. Apatah lagi kalau kita jarang-jarang pula pulang ke kampung.

Yang aku nak ‘highlight’kan ialah apa yang isteriku beli di Pasar Wakaf Bharu? Apa tu?

Satu ialah jeruk mamey. Kedua ialah kerabu sarae. Sedapnya…. Barang ‘rare’.

Tak ramai yang kenal.

Aku makan breakfast, nasi berlauk ikan aya (ikan tongkol), nasi dagang, onde-onde (buah melaka) dan minum air kopi O.

Alhamdulillah.

Sempat juga kami bergambar bertiga. Kak Zah tak dapat datang kerana berkuarantin di rumahnya. So, adik beradik aku inilah yang tinggal. 3 orang sudah pergi menemui Penciptanya. Allahummagh firlahum, warhamhum, wa’afihim wa’fuanhum. InsyaAllah, kami jua bakal menyusul…

Mudah-mudahan Allah SWT memberi kami usia untuk berjumpa lagi insyaAllah.