
Peristiwa lama berulang kembali. Dulu aku sorang-sorang berada dalam bilik kerana HANYA aku yang negatif manakala 9 orang yang lain positif. Mereka berleluasa dalam rumah!
Hari ini aku masih sorang-sorang dalam bilik kerana positif apabila dibuat ujian ‘saliva’ pagi tadi. 9 orang yang lain masih negatif. Apapun keputusannya masih belum qat’i lagi sehingga besok.
InsyaAllah esok sebelum tengahari akan dapat ‘result’ aku yang membuat ‘swab test PCR’ di Klinik Central, Adda Height.
Aku hanya memohon kepada Allah supaya keputusan besok adalah negatif. Banyak kerja sekarang! Kelas hari-hari ada. Aku ada 7 kelas; 3 ‘undergraduate’ & 4 kelas master tapi ‘share’lah. Penyeliaan Projek Sarjana Muda seramai 6 orang pelajar.
Kena terimalah kelas banyak sebab kita tidak ‘opt for major research’. Kita pilih hanya ‘minor research’ aje. Orang dah nak pencen sikit-sikit dahlah buat penyelidikan.
Kalau aku tetap positif esok maka Program MOU dengan JPPH di Swiss Garden Resort di Kuantan pada 9 November ini terpaksa diberikan kepada orang lain. Aku hanya wakil LAD, ada lecturer lain wakilkan Pengurusan Harta Tanah. Kami berempat, bersama Dekan dan TNC A akan berada di sana.
Hari ini saya paling gembira kerana iklan perjawatan secara ‘explicit’ menyebut ‘Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran dan Pembangunan Tanah.’
Iklan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) untuk mencari Pegawai Tadbir, Gred N41. Iklan ini terus saya ‘forward’kan kepada Tn Hj Zahib Deraman dan Prof Ismail Omar yang telah mempelopori kursus ini pada tahun 1996. Inilah jasa mereka. Sekurang-kurangnya nama kursus kita telah dimartabatkan dalam perjawatan JPA.
Apa-apapun kita teramat teruja dengan Kursus LAD kerana ia menjadi pilihan PTN dan PTD untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana malah di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD).
