Tempat makan yang baru di Pengkalan Chepa. Dia panggil Chill Garden.
Lokasinya berhadapan dengan stesen minyak Shell di Pengkalan Chepa.
Berkonsepkan stall bagi setiap makanan. Kira agak ‘variety’ jugalah. Kita pergi ke stall masing-masing, order dan bayar. Kemudian makanan akan dihantar ke meja kita.
3 hari lepas, order juga 2 Mee Chiengmai seperti yang dimakan oleh Dato Jalalludin Hassan. Bungkus aje. Nak makan situ, rasa macam tak selesa kerana agak ramai orang.
Satu bungkus dimakan oleh ibu mertua dan isteri. Satu lagi tersimpan dalam ‘fridge’ di rumah Bu.
Aku tak sempat nak makan. Bila balik Kelantan, itu masalahnya… Semua nak makan. Akhir-akhirnya, tak sempat makan pun.
Walau apapun sepanjang 26-29 Oktober, aku sempat menikmati nasi berlauk Kak Chik, nasi dagang, nasi kerabu ikan percik, nasi tumpang, kerabu sarae, jeruk mamae, roti tempayan, martabak, dan lain-lain lagi.
Alhamdulillah.