Integriti Dari Akar Hingga Ke Pucuk

Dalam kelas saya dari tahun 1995 hingga sekarang selalu saya sebut tentang ‘newspaper vending machine’ yang seperti tertera dalam rajah. Saya sebut bukan apa, hanya kerana ingin menerapkan sikap integriti dikalangan pelajar.

Saya pergi belajar Bahasa Inggeris ke Language Center of the Pacific, Azusa, California pada bulan Ogos 1982. Pada masa itu, senaskah suratkhabar berharga US25 sen. Demi ingin belajar Bahasa Inggeris, disamping apa yang dipelajari dalam kelas, saya beli juga suratkhabar supaya ia mempercepatkan lagi proses pembelajaran kita. Berita TV juga tengok.

Apa sajalah kerana kita berada di perantauan. Mungkin seperti Bangla atau Paki yang duduk di Malaysia, ‘sikijap’ sudah pandai cakap bahasa kita.

Mesin menjual suratkhabar tersebut akan boleh dibuka pintunya apabila kita telah memasukkan syiling 25 sen. Apabila pintu boleh dibuka, kita boleh mengambil senaskah, dua naskah atau ke semua surat khabar yang berada dalam mesin tersebut.

Tiada berita yang pernah keluar dalam berita suratkhabar, mesin suratkhabar di’rembat’ semua suratkhabar oleh seorang pembeli!

Dengan kata lain, setiap pembeli hanya mengambil senaskah! Walaupun ada yang beratur di belakang untuk membeli suratkhabar juga, yang berada di depan tidak pula memberi suratkhabar percuma kepada orang yang di belakangnya. Masuk duit 25 sen, buka, ambil senaskah dan tutup pintu.

Saya bertanya kepada pelajar-pelajar saya, “Boleh tak kita membuat mesin seumpama itu di negara kita sekarang?” Tidak ramai atau tiada yang bersetuju untuk dibuat mesin tersebut di negara kita.

Kenapa? “Adakah masyarakat USA lebih baik dari rakyat Malaysia?” ‘Of course’, jawapannya tidak. Berapa ramai yang kita dengar mereka merompak, merogol, mencuri dan melakukan segala jenis kesalahan jenayah.

Semasa belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda dulu, saya mengambil satu subjek elektif bertajuk CRIMINOLOGY di University of Louisiana at Lafayette. Belajar bukan ingin tahu sangat pasal jenayah, kecenderungan, aktiviti-aktiviti dan jenis jenayah dan sebagainya tetapi kerana kelas ini mudah dapat A.

Jadi, kalau kita merasa untuk meletak mesin yang sebegitupun kita tidak percaya kepada rakyat kita maka tak payah fikirlah untuk bercakap integriti yang lebih besar!

Cuba bayangkan betapa terkebelakangnya integriti kita, 1982 hingga 2021, hampir 40 tahun!

0 Comments