Semua Orang Takut Mati

“Abah, kalau nak buang sampah, tak boleh letak kat luar bilik macam tu aje!” “Next time, maklum pada kami dan kami akan datang dengan trash bag yang besar!”

“Kain baju yang abah angkat, kami tak sentuhpun, ada dalam bilik solat!”

“Abah bawa masuk dalam bilik ajelah kunci kereta yang abah bawa tadi!”

Semua ini adalah suara-suara yang mungkin bakal merobek hati seorang insan bergelar ayah yang telah tua! Tetapi salahkah anak-anak berkata begitu?

Tidak salah! Jauh sekali dari salah.

Siapa tidak takut dengan kematian? Apatah lagi jika penyakit yang boleh dijangkiti itu adalah deadly disease? Covid-19!

Tetapi kata-kata ini juga bakal menghiris hati orang tua yang masih membayar segala bil-bil rumah; ansuran pinjaman rumah, bil air, bil letrik, cukai pintu, cukai tanah dan IWK.

Pandai-pandailah si ayah memujuk hatinya sendiri.

Anak-anakpun bukan sengaja tetapi hanya melahirkan kebimbangan takut penyakit berbahaya itu hinggap pada diri mereka. Itu saja.

Allahumma Solli’ala Muhammad Wa’ala alihi Muhammad ﷺ