Aku Benci Ayahku…

Saya dulu semasa kecil-kecil selalu ‘complain’, kenapa ayah aku tua?

Orang lain dapat bermanja dengan ayah. Dapat bergurau senda, dapat itu, dapat ini. Itulah seronoknya mereka yang sebaya dengan aku tetapi mempunyai bapa yang muda.

Ayah aku memang tua kerana ayah hanya dapat menandatangani buku rekod sekolah aku sehinggalah Darjah 3. Selebihnya ibu aku yang ‘signed’ buku rekod aku.

Pun begitu, bapaku panjang usianya. Ayah meninggal dunia pada tahun 1981 sewaktu aku ingin menduduki peperiksaan SPM. Allahumagh firlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu! Aku sayang ayah!

Pernah suatu hari, aku bercerita kepada arwah abang sulung aku. Beza umurku dengan abang adalah lebih kurang 20 tahun. Seronokkan bang, masa abang kecil dulu ayah masih muda dan dapat beramah mesra dengannya.

“Hmm, masa abang sekolah dulu, bila cuti sekolah aje, ayah suruh abang cukur kepala!”

Puas abang merayu, “Ayah, cuti sekolah hanya 2 minggu, nanti rambut tak sempat panjang…malu kepada kawan-kawan”, rayu abangku agar ayah mendengarinya. “Aku cakap cukur, cukur!”

Itulah ramah mesra yang abang dapat, jelas abang aku.

Aku yakin semua anak-anak komplain terhadap bapanya, termasuk anak-anak aku.

‘Parenting’ ini adalah suatu perkara yang kita pelajari secara tabi’e. Tiada tunjuk ajar dari sesiapa.

Selepas kahwin, keluar aje anak maka mulalah kita bereksperimen. Tiada suatu pelajaran yang kita belajar secara formal.

Anak yang pertama kita ‘try’ begini. Anak kedua kita cuba begitu. Anak ketiga mungkin ‘a combination of both’ punya pendekatan. Dan bila yang ketujuh, kelapan dan sebagainya mungkin kitapun dah ‘give up’. Serahkan pula tugas kepada kakak dan abangnya pula untuk mendidik adik-adiknya.

Masa kita baru-baru kahwin, kita cuba hidup secara ideal. Kita buang hiburan, kita buang TV. Apa yang boleh didengari dalam rumah ini hanyalah nasyid dan Quran!

Wahai anak-anak, bila engkau sudah punyai anak maka layanlah anak-anak engkau sepertimana engkau ingin diri engkau dilayan. Buatlah yang terbaik dan jangan ulangi apa yang engkau merasakan kesilapan-kesilapan yang bapa engkau lakukan kepada engkau.

InsyaAllah, aku akan berdoa dan tidak akan mengganggu urusan tarbiyyatul aulad engkau pada masa depan!

Semoga engkau berjaya!

Rabbana hablana min ajwajina wazurriya tina qurrata’yunin wajalna lilmuttaqina imama…

Speak Your Mind

*