Sanah Helwah Sayang…

Pada 2 hari lepas, tanggal 19 November, meningkat setahun lagi usia isteri yang aku kasihi.

Aku doakan semoga dikau sentiasa sihat sejahtera dan sentiasa diberkati Allah baik di dunia mahupun di akhirat. Perjalanan kita menuju ke destinasi terakhir sudah semakin hampir. Sekurang-kurangnya setahun semakin hampir berbanding dengan setahun yang lalu!

Tiada apa yang aku harapkan selain kita dapat mengakhiri kehidupan dunia dengan sebaik-baik kesudahan.

Kita ketahui bahawa dosa-dosa kita sungguh banyak, menggunung tinggi manakala pahala kita pula sungguh sedikit. Itupun belum ditolak jika adanya kurang keikhlasan, ditambah pula berbuat amalan dengan ada sedikit perasaan ria’ dan ujub.

Tetapi Allah, kami begitu mengharapkan ihsanMu ya Allah! Amal kami (solat, puasa, haji, zakat, doa, infaq dan sedekah) tak mampu untuk membayar nilai harga syurga Firdaus Mu.

Kasihanilah dan bantulah kami untuk kami mendiaminya ya Rabbal ‘Alamin walaupun kami tidak layak! Dan yang pasti, aku teramat takut untuk terjerumus ke dalam nerakaMu, ya Allah!

Rabbana atina fiddunya hasanah wafil akhiratihasanah waqina ‘aza bannar! Aamiin aamiin aamiin ya Rabbal ‘Alamin.

Speak Your Mind

*