Telatah Pengawal Keselamatan

Apabila kita datang kerja, kita sentiasa ditanya oleh pengawal, “Encik nak pergi mana? Encik staf ke? Soalan-soalan begini kadang-kadang ia menguji kesabaran kita.

Untuk semak Mysejahtera is ok dan ia AMAT perlu dilakukan. Kerana mereka ingin tahu samaada kita sudah membuat 2 injeksi atau belum. Dan ia amat relevan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan masyarakat universiti.

Tetapi kalau kita datang sebelum pukul 8, berpakaian kerja, soalan yang ditanya nak kemana dan staf atau bukan staf memang agak keterlaluan.

Kereta kita ber’sticker’ staf. Apa nak lagi? “Oh ramai yang dapat ‘sticker’ dari kawan-kawan dan anak staf menggunakan sticker ayahnya”, balas pengawal. Kita ada rupa anak-anak ke?

Salah siapa menjual ‘sticker’ kepada orang luar? Tindakan yang tegas wajar diambil kepada mereka yang membeli ‘sticker’ untuk kawan-kawan. Kita ingin menjaga keselamatan kampus!

Kalau sticker tidak boleh lagi mengukur samaada seseorang itu staf atau tidak, ‘abolish’ aje penggunaan ‘sticker’. Membazir aje kita membeli ‘sticker’!

Ia juga menunjukkan pengawal generasi kita sudah tiada atau hanya tinggal beberapa kerat aje. Mereka yang lama-lama kenal kita.

Pada saya, orang tak datang pagi-pagi kalau dia tak kerja dan kenapa perlu dia memakai baju batik atau baju kerja.

Jagalah hati orang tua sebelum kita pula menjadi tua! Itu saja nasihat saya!

Sayapun memohon maaf jika terkasar bahasa apabila diajukan soalan-soalan yang agak kurang relevan. Terima kasih.

Speak Your Mind

*