A Small Family Gathering

Perjumpaan isteri dan 2 adik beradik lelaki bersama-sama dengan anak-anak saudara serta cucu saudara.

Perhimpunan secara berkala beginilah yang akan menghubungkan silaturrahim sesama adik beradik. Ayah sudah tiada. Ibu sudah tidak larat untuk menaiki kereta secara jauh (lama).

Maka kalau kita masih mampu memandu, pandulah! Itulah yang akan mengeratkan hubungan sesama adik beradik. Kalau ikutkan hati, ada rasa malas, ada rasa nak siapkan kerja universiti dan sebagainya. Tetapi hari ini kan cuti?

Perlu ke kita ‘sacrifice’ masa senggang kita?

Ala kullihal, pergi ajelah. Seorang adik isteri datang dengan sebuah kereta ‘all the way’ dari Kelantan. Adiknya yang di Kluangpun dah bertahun juga tak berjumpa.

Ya Allah, Engkau tautkan hati-hati kami supaya sentiasa merasai kemanisan ukhuwwah sesama keluarga. Aamiin3 ya Rabbal ‘Alamin.

InsyaAllah kita jumpa lagi.

Speak Your Mind

*