Jalan-Jalan Cari Makan Di Kluang

Bergerak ke Kluang pagi tadi. Ingatkan nak bertolak pukul 7 pagi tetapi biasalah perancangan kita…, pukul 8 baru bergolek tayar.

Destinasi pertama ialah Kluang Railway Station. Melepasi cawangannya di bandar kerana ingin ke kedai yang original di stesen keretapi. Katanya ada 4 cawangan di Kluang.

Sesampai di stesen keretapi, masyaAllah, berduyun-duyun manusia beratur. Kemudian kita keluar semula ke cawangannya di Taman Seri Impian. Tiba di Taman Seri Impian, ramai juga yang beratur tetapi tidaklah seramai yang di stesen keretapi tadi.

Dari pemerhatian saya, dari 40 orang pelanggan dalam kedai hanya 2 orang berbangsa Cina.

Tujuan kami ke Kluang ialah untuk menziarahi adik isteri yang menetap di sini. Dia dan isteri berkhidmat di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang.

Bye Kluang, perhaps I will come again in the future!

Speak Your Mind

*