Kuliah Subuh Di Surau Perjiranan 11

Ada kuliah subuh di Surau Komuniti Perjiranan 11, Bandar Dato Onn pada pagi ni.

Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahim Sahlan bertajuk Covod-19, Ujian atau Bala?

Alhamdulillah kehadiran yang agak ramai dikalangan jamaah subuh Surau pagi ini.

Pada saya, kita perlu pelbagaikan ceramah, ramaikan ustaz dan pelbagaikan waktu ceramah supaya ahli kariah boleh memilih waktu dan penceramah yang diminatinya. Tidak semua orang yang datang pada setiap waktu ceramah.

Saya secara peribadi sangat-sangat seronok apabila ramai yang datang mendengar kuliah. Ia menunjukkan ramai dikalangan kita yang dahagakan ilmu. Kita pula yang menjaga amanah Surau perlu memberi sesuatu kepada ahli kariah yang ingin menuntut ilmu.

Mudah-mudahan ramai lagi yang akan hadir dikalangan ahli kariah apabila kita membuat program nanti insyaAllah.

Speak Your Mind

*