Taklimat Kepada Pengerusi Surau Dan Masjid

Alhamdulillah semalam menghadiri taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru kepada Pengerusi-pengerusi Surau dan Masjid DUN Tiram dan DUN Setia Wangsa.

Disamping dapat menambahkan ilmu tentang pengurusan surau dan masjid, dapat juga kita mengenali rakan-rakan Pengerusi dari Surau dan Masjid yang lain. Ada juga yang menghantar wakil dari kalangan Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Imam dan lain-lain.

Seronok mendengar taklimat dari 9am hingga hampir waktu zohor.

Habis taklimat terus bergerak ke UTM dari Masjid al-Falah, Taman Desa Jaya (tempat taklimat dilakukan). Terkial-kial juga mencari tempat ini.

Tiba di UTM terus membuat penyeliaan kepada 3 orang pelajar Projek Sarjana Muda (PSM). Pukul 4 hingga 6pm sambung pula dengan kelas.

Mudah-mudahan ada pahala untuk kita InsyaAllah.

Speak Your Mind

*