Invitation For Lunch

Penyelia akan sentiasa menyambut pelawaan pelajarnya.

Itulah kelmarin Chief menelefon saya untuk ‘lunch’ bersama. Pada masa itu, saya tengah ‘online’ dengan kelas. Dengan senang hati saya menerima pelawaan tersebut.

“Ok pukul 1pm di Al Hayfa, Dr nak datang sendiri ke atau kami jemput?” “Saya datang sendiri insyaAllah,” balas saya.

Chief aka Razif dan Fadzli adalah mantan pelajar dibawah penyeliaan saya semasa mereka membuat Projek Sarjana dulu. Mereka datang bersama-sama termasuk Bob untuk menyewa jubah sebelum Konvokesyen pada 12 Disember nanti.

Makanan yang paling sedap ialah makanan yang dibelanjakan oleh seseorang dengan hati yang ikhlas. Itulah makanan yang paling indah dan lazat. Kebetulan makan pula di Restoren Al Hayfa, kedai nasi Arab kawan saya, saudara Arief. Lagilah mantap.

Pada pagi tadi, ‘first time ever’ dapat bacaan gula dalam darah 7.5 sejak beberapa ketika. Rasanya sudah berzaman tak mendapat bacaan 7 ni. Sebelum ini, bacaan yang biasa ialah 9 atau 10.

Anak saya Dr Wan Khairunnisa bertanya, “Abah makan apa semalam dan malam tadi?”

Saya kata ‘Lamb Khabsa for lunch’, makan malam sekitar 6.30pm, Soto Nasi Impit dan malam setelah kembali dari solat Isya di Surau, teh misbun dan biskut tawar 3 keping.

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Razif, Fadzli, Bob serta Dr Norhidayah Md Yunus dan Dr Radiaton Adawiyah yang turut sama memeriahkan suasana.

Semoga Allah menerima amal tuan-tuan yang membelanjakan dan memberkati kita semua InsyaAllah.

Speak Your Mind

*