Membantu Rakan

Banyak perkara yang boleh membuatkan hati seseorang menjadi seronok dan merasai puas.

3 hari yang lalu, saya mendapat panggilan telefon dari seorang bekas staf kami.

“Eh Wan, boleh tak engkau uruskan pelupusan nota-nota aku. Nota-nota aku berada di bilik Prof. Dr. Mad.” (Nama Samaran). Menunjukkan sudah agak lama nota-nota dia di situ. Dari zaman dia, kemudian telah jadi bilik Prof. Dr. Mad dan sekarang Prof. Mad disambung kontrak selepas bersara.

Saya kata ok InsyaAllah. “Lepas tu, ambil balik buku yang aku pinjam dengan engkau dulu, by Harun Yahya,” balasnya lagi. Sayapun dah lupa pasal buku yang dipinjamnya.

Saya menyatakan bahawa saya akan minta pelajar atau staf sokongan untuk bantu. Dan dia perlu bayar kepada pelajar atau staf tersebut.

Alhamdulillah, keesokannya ‘settled’.

Apabila kita berjaya menyelesaikan satu-satu misi, hati akan terasa cukup gembira, apatah lagi kalau hasrat itu adalah hasrat kawan-kawan. Alhamdulillah biiznillah, kita telah berjaya menyelesaikan satu masalah orang. InsyaAllah next time, bila kita ada masalah, Allah akan bantu kita pula.

Hidup ini perlu kita bahagiakan samaada bahagiakan diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan seterusnya negara kita, ‘just for the sake of Allah.’