
Inna lillahi wainna ilaihi raaji’un. Allahummagh firlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu. Mendapat WhatsApp dari Abdul Syukur Johor Corp semalam bahawa seorang lagi rakan kami dari Geng Sandar Tiang (GST) Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn pergi menemui Pencipta.
Sebelum ini dah 3 orang. Hj Kamal tukang masak, Hj Zainal dan Hj M Negeri Sembilan.
Saya mengenali Pak Hassan beberapa tahun yang lampau. Pernah saya dan keluarga ke rumahnya makan nasi kerabu semasa Hari Raya.
Pak Hassan, isteri dan anak-anak juga pernah datang beraya di rumah saya. Mungkin 3 atau 4 tahun yang lalu.
Pada tahun ini, selepas PKP saya pergi ke rumah Pak Hassan untuk bertanya khabar setelah lama tidak berjumpa.
Malangnya, beliau baru kena ‘mild stroke’ dan tidak mengenali saya. Sedih sekali…
Pak Hassan berasal dari Geting, Pengkalan Kubor. Datang ke JB sejak tahun 1970an.
Saya pula terasa rapat dengan Pak Hassan. Mungkin keberangkalian, ada tali persaudaraan. Tetapi tiada buktinya.
Dengar-dengar khabar arwah mak saya juga pernah tinggal di Geting. Arwah ayah mempunyai ramai saudara mara di Golok. Sebelah arwah ibu pula mempunyai saudara mara di Narathiwat dan persekitarannya.
Walau apapun, begitulah kehidupan, ia tetap berlalu pergi… Usah ditahan masanya, usah disekat gerakan nadinya. Allahu Akbar!