Projek Pembesaran Surau P11

Alhamdulillah, kelulusan dari Johor Land telah diperoleh untuk Projek Pembesaran Surau Komuniti Perjiranan 11. Lakaran dari arkitekpun sudah tersedia untuk dihantar kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk permohonan kelulusan.

Suatu penantian yang agak lama tetapi berkat kerjasama dari semua pihak terutamanya AJK Surau, ‘rapport’ yang baik dengan Johor Land serta doa semua penduduk Islam P11 telah membuahkan hasil. Alhamdulillah!

Cuma fasa yang seterusnya ialah kutipan dana bagi merealisasikan usaha ini. Tuan-tuan dan puan-puan bolehlah menghulurkan derma kepada akaun Surau kami, nombor akaun Maybank 551623207585 yang bernama Surau Pusat Komuniti. Jangan lupa untuk nyatakan untuk Projek Pembesaran Surau.

Sumbangkanlah walaupun hanya RM1, Allah SWT tidak melihat jumlah nilainya tetapi Allah SWT melihat keikhlasan hati kita yang menyumbang. Tetapi jikalau kita mampu menyumbang lebih untuk saham akhirat kita, lagi baik insyaAllah.

InsyaAllah, sumbangan tuan/puan, baik berupa doa, tenaga, wang ringgit serta idea akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.

Alhamdulillah seorang hamba Allah sudah menyumbang satu tabung peti besi khas untuk kutipan dana ini di Surau kita. Ahli kariah bolehlah menyumbang terus ke dalam Tabung Pembesaran Surau ini.

UTM Open Day