
Budaya berhijrah balik kampung selepas pencen merupakan suatu perkara yang masih rancak dilakukan di negara kita.
Pada awalnya, saya fikir saya akan melawan budaya ini kerana pada saya setelah kita tamat bekerja, kita pasti akan bersama kawan-kawan yang bersama ke masjid atau ke surau dimana kita bekerja! Kita sudah biasa dengan mereka ‘for the past few years’.
Takkan kita hendak tinggal mereka dan pulang ke kampung yang mana hanya adik beradik yang masih ada yang kenal kita. Yang lain-lain hanya akan melihat kita sebagai ‘newcomers’ atau ‘outsiders’.
Tetapi apabila 2024 semakin hampir maka terasa pula kalau aku masih di sini, sekiranya berlaku apa-apa kepada kakak dan adik yang masih ada maka agak jauh untuk aku menziarahi mereka. Merekapun sama jika apa-apa berlaku pada aku di sini.
Tengok pula rakan-rakan aku di sini, boleh dikatakan 90% kembali ke kampung halaman mereka. Ada balik Melaka, ada balik Kedah, ada balik Selangor, ada balik Perak dan ada yang beli rumah di Nilai. Yang beli rumah di Nilai tu sebabnya anak-anak berkhidmat di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Lembah Klang maka dekat untuk diziarahi.
Jika akupun ingin pulang, aku perlu melakukan sesuatu. Sekurang-kurangnya perlu bina rumah atau beli rumah.
Bagaimana dengan anak-anak? Anak-anak sudah besar panjang, pandai-pandailah mereka ‘survive’.
Akupun jadi bingung samaada ingin terus tinggal di Bandar Dato Onn atau pulang ke kampung halaman.
Ada pandangan seorang ustaz yang menyatakan bahawa kalau kita subur dakwahnya di tempat yang kita ada sekarang maka adalah lebih baik kita stay. Tetapi jika kita akan lebih ghairah beramal di kampung maka eloklah kita pulang. Lagipun inilah masanya untuk kita lebih giat beramal untuk menuju ke alam barzakh.
Cuma apa yang aku cuba untuk merapatkan hubungan anak-anak dengan sepupu sepapat mereka mungkin kurang berhasil.
Walau apapun kita tengok dululah, bulan depan baru Januari 2022. Ada banyak masa lagi sebelum pencen pada 1 September 2024. Silap-silap haribulan, kita pergi dulu sebelum pencen.
Ya Allah, aku berdoa padaMu supaya Engkau mengakhiri hidupku dalam sebaik-baik iman dan amal. Berikan daku Surga FirdausMu ya Allah! Engkau sekalikan daku dengan kekasih hatiku, Rasulullah SAW. Aamiin ya Rabbal ‘Alamin!