Missed Convocation

Kelas master pesisir bersama mereka semalam dan hari ini. Subjek yang diajar ialah ‘Law of Land Development’.

Saya ‘share’ matapelajaran ini dengan Profesor Adjung kami, Tn. Jaiya Abu.

Tidak sangka pula hari ini kelas habis pukul 1, kalau tidak boleh pergi Konvokesyen meraikan pelajar-pelajar master kami yang dah ‘graduated’ di Dewan Sultan Iskandar (DSI).

Pelajar-pelajar kami yang naik pentas hari ini, ada dari kelas Ipoh dan ada dari kelas KL. Mungkin hampir 50 orang. Ini belum dicampur dengan yang dari kelas JB lagi.

‘Well’, program Ijazah Sarjana Pentadbiran dan Pembangunan Tanah memang mendapat tempat terutama dari kalangan Pegawai Tadbir Negeri (PTN) dan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).

‘Sorry’lah teman-teman pelajarku semua, pada awalnya saya memang sudah beri nama untuk hadir konvo tetapi saya tarik balik takut kelas habis lambat.

Bukan tidak ingin meraikan bersama tetapi kekangan kelas yang ada.

Walau apapun, saya mengucapkan tahniah kepada semua kerana telah ‘officially’ graduat sebagai seorang Sarjana dalam bidang LAD.

‘All the best to you guys!‘

UTM Open Day