Menziarahi Orang Sakit Tuntutan Agama

Menziarahi Tuan Hj. Ahmad Shahlan Mardi bersama Prof Dr Ismail Omar di Kangkar Pulai. Alhamdulillah, nampak ‘improve a lot’.

Beberapa bulan lepas, saya datang dengan isteri dan pada masa itu beliau masih belum boleh bercakap. Hari ini rasanya banyak dia bercakap dari kita…

Tn. Hj. Ahmad Shahlan begitu banyak jasanya kepada saya. Beliaulah memberi saya mengajar subjek Pembangunan Tanah Untuk Juruukur di kala kita perlu duit extra untuk menanggung keluarga. Rakan-rakan dari jabatan sendiri tidak memberi subjek SPACE mahupun master pesisir kepada kita. Alhamdulillah.

Kami juga telah membuat kursus Pengurusan Wakaf yang ditawarkan kepada Pegawai Tadbir Negeri Johor, pegawai-pegawai MAINJ dan JAINJ. Perbincangan dan mesyuarat yang memakan masa bertahun-tahun tetapi sebaik sahaja program ingin dilaksanakan, Tn. Hj. Ahmad Shahlan diserang ‘stroke’. Subhanallah… Tetapi walau apapun, InsyaAllah saham pahala akhirat pasti akan diraih oleh beliau.

Ya Allah, Engkau kembalikan kesihatan yang baik kepada Tn. Hj. Ahmad Shahlan. Engkau permudahkanlah segala urusan keluarganya. Aamiin Aamiin Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.