Booster Dose

Alhamdulillah pagi tadi ke Dewan Jubli Intan, Johor Bahru untuk mengambil Dos Booster. Seawal pukul 8.15am, aku dan isteri sudah bergerak dari rumah. Temujanji adalah pukul 9am.

Setibanya di sana, nampak orang tidak begitu ramai. Aku parkir kereta di belakang dewan.

Apa yang aku nampak sepanjang di sana? Semua kaum ada untuk mengambil suntikan… Melayu, Cina, India dan Benggali (Sikh). Ada orang tua macam aku, ada orang muda dan ada orang yang lebih tua dari aku.

Ramai sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah yang membantu. Sayang seribu kali sayang kerana tidak ramai dikalangan mereka yang Islam.

Pada saya, elok kita sama-sama bantu membantu ‘for the good cause.’ Saya sampai di rumah sebelum pukul 10am, ‘just nice to attend Mesyuarat Agung KMMB yang ke 37 secara ‘online.’ Alhamdulillah.